Tuesday, August 9, 2011

CERITA BARU...

Aku telah selamat melahirkan anak yang ke2 pada 30hb jun 2011.jam 1.14pm,,anak ku kini berusia 40hari,,hari ini aku telah habis pantang..tapi aku tetap berpantang selama 100 hari,,coz kali ni aku bersalin secara ceaser..Bersalin secara pembedahan ni kena byk pantang..tak boleh buat kerja2 berat..sekarang duk pikir,,mcm mana nk uruskan orkid2 tu..tp kerana orkid punya pasal..sanggup juga ku tempuhi,,asal tak memudaratkan diri.
Cerita pasal beranak ni,,aku nk cerita pengalaman tinggal di hospital besar Nur Zahirah Kuala Terengganu.Bermacam2 ragam aku berjumpa dgn manusia kat sana..almaklumlah,,tinggal kt situ selama sebulan.sedih kerana meninggalkan seorang anak dan suami .Hospital..dah jd umh aku kat situ..semua nurse dan doktor jadi ahli keluarga.ada yg memuaskan hati,,dan tak puas hati.Yang paling best aku jugak boleh merasai jd nurse walaupun sekejap..masa tgh sihat...tinggal kat situ,,makan tido je.ramai aku dapat kawan kat hospital..
30hb .Saat untuk aku dibedah telah tiba...Jantung berdebar2..pada pg waktu subuh aku mandi,sembahyang mcm biasa,,berdoa semoga dimudahkan segalanya..waktu yang sepatutnya aku dibedah pukul 7.30pg,tp ada kes kecemasan,,doktor tangguhkan dahulu..perut aku dah menyanyi..sbb lapar..coz aku berpuasa pada pukul 12mlm 29hb tu..pd pukul 12.30tgh aku telah dijemput nurse..siapkan diri untuk dibawa ke bilik bedah.Disaat diriku ditolak kebilik bedah aku merasakan diri ini seperti menyerah diri untuk sesustu perkara yang tak dapat aku bayangkan,,dlm fikiran rasa nak lompat turun dari katil yang nurse tu membawa aku.Sampai dibilik bedah,aku telah dimasukkan dibius separuh badan...beberapa minit,kaki dan perut aku tidak merasa apa.. lagi..bagaikan hilang separuh badan..tapi dalam hati aku tetap berdoa pada yang maha esa.tp daam fikiran terbayang perkara bukan2,,sebab berdebar.aku sedar apa yang doktor dan nurse berbual..dan apa yang telah mereka buat,,iaitu(membedah aku)saat dia ingin keluarkan baby,,terasa ditulang rusuk digoyang2..beberapa minit kemudian,terdengar suara tangisan yang pertama,,memang sayu hati,,selepas beberapa minit kemudian,,doktor telah datang dihujung kepala,dan menunjukkan jantina baby,dan memberi hisapan susu yang pertama,saat itu,,doktor sedang menjahit perut aku..tp tidak merasa apa2 kesakitan,,hati pula bertambah gembira,,kerana anak aku selamat..selesai semua pembedahan itu..aku telah di tolak ke wad semula.beberapa minit kemudian datanglah suami aku,,tapi aku tidak dapat berbicara banyak,,kepala pening kerana ubat bius belum hilang..aku merehatkan diri,,wajah anak aku belum lihat.kerana anak aku ada dalam jagaan nurse..kerana aku belum stabil..Pada malam itu perut aku berbunyi kerana lapar..aku tidak makan seharian..selesai pembedahan kena tunggu 6 jam.baru boleh makan atau minum.pada malam itu aku diberi ubat dan air milo sahaja oleh nurse.keesokan hari,,pagi2 lagi nurse telah menghantar anak aku untuk diberi susu,,kali pertama aku melihat wajahnya..sungguh cantik dan sempurna,,aku bersyukur pada allah kerana kurniakan aku anak yang sihat.Keesokan hari aku di benarkan pulang..rasa gembira dan sedih..sedih kerana meninggalkan kawan2 yang menunggu untuk dibedah seperti aku.tapi kami masih dapat berhubung kerana kami menukar2 no tel..Kini kawan2 aku juga telah selamat semuanya melahirkan dan sekarang masing2 ada tugas,menguruskan anak.Aku kini sudah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu seperti biasa.Aku kini mempunyai 2 cahaya mata perempuan,,Terima kasih ya Allah kerana anugerahkan aku anak yang sihat.Mama sayang kamu Wan Umairah Nayli dan Wan Uzma Batrisya...Terima kasih juga kepada suami ku juga kerana menguruskan anak dan umah semasa mama dihospital dan didalam pantang...Semoga kita akan lebih bahagia bersama 2 orang cahaya mata kita...AMIN 

1 comment: